Translate

Wednesday, February 19, 2014

KEDAI TELEFON @ PERTAMA KOMPLEKS PENIPU!

Hari Jumaat (24 Januari 2014) Aku bercadang dan berniat nak pergi Pertama Kompleks nak survey mesin jahit dan handphone dengan kawan aku Amira, kebetulan aku jumpa kedai handphone dulu (kedai tu terletak di tengah antara pintu masuk utama Pertama Kompleks) so aku tengok handphone dulu lah. Bila aku tanya tentang spec handphone yang aku rasa berkenan tu kepada salah sorang pekerja cina disitu, terus aku jadi berkenan dan tak sangka aku buat keputusan mendadak untuk terus beli handphone tu. Sebelum aku beli aku nak trade in hanphone lama aku tu dulu, then aku tanya la kat cina tu :

 Aku : I nak trade in hanphone ni, so berapa u boleh ambil?
 cina : RM 130 sebab handphone u ni AP.
 Aku : Ok la,kalau i ambil hp ni, apa yg u boleh bagi?
 Cina : Power bank, Game, Install software.
 Aku : Screen Protector , cover hp xda ka?
 Cina : ermm boleh la i bagi sekali. Then, cina tu bukalah resit dah siap tulis freegift, price then dengan selambernya aku p sign and bayar (Silap Aku).

Yang aku sakit hati dan rasa ditipu selepas aku bayar :

 1. Aku nampak dia bagi aku handphone display punya, then aku cakap dengan dia aku tak nak yang ni, aku mau yang baru punya dalam kotak.Ok lah, cina tu pergi ambil tapi aku musykil cina tu macam menyorok-nyorok masa dia ambil handphone baru tu. ( Aku rasa yang aku dapat ni adalah handphone display punya) So, aku malas nak cakap banyak sebab aku dengar orang-orang kat sini samseng juga. So aku fikir positif je la.

 2. Untuk pengetahuan korang, Kedai itu mempunyai ruang yang luas, disekeliling cina tu adalah kotak cermin yang mana untuk display handphone-handphone disitu termasuklah ditengah antara cermin itu adalah komputer, meja mungkin kegunaan untuk membuat kerja-kerja install atau repair handphone, yang mana tempat tersebut telah dilindungi oleh meja lain malah melindungi pandangan aku juga. Apa yang aku sakit hati, Sepatutnya cina tu patutnya check balik darisegi keadaan handphone yang nak dijual tu dalam keadaan ok ataupun tidak dihadapan aku, dan patutnya beritahu dan tunjukkan barang2 yang hendak diberikan dan dijanjikan tadi dihadapan aku, tapi apa yang aku tengok sekumpulan cina itu nak menipu aku yang mana semua yang dibuat, membelakangkan aku. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Malah Handphone lama aku mereka simpan tanpa memberitahu aku apa-apa samaada aku ingin save dulu maklumat-maklumat yang ada, contact no, gambar,maklumat lain atau nak bagi semula sim kad, memory card. Tapi cina tu terus simpan handphone aku tanpa memberitahu aku apa-apa dan terus bagi handphone baru aku tanpa berkata apa-apa dan minta aku beredar. (Patutkah bayaran yang aku buat tu dilayan sebegitu rupa?????)

 3. Sakit hati aku ni dan menyampah bila tengok muka-muka cina penipu tu, sebelum jual ayat dia bukan main manis dan baik sangat, tapi bila dah dapat duit dia layan customer macam tu je.... Aku tak nafikan memang ada salah aku juga sebab pergi bagi duit tanpa bertanyakan keadaan kedua-dua handphone tersebut. Tapi aku bukan bodoh nak terus beredar macam tu je, Aku buka semua apa yang cina tu dah packing, dan aku dapati earphone tiada dalam kotak tersebut yang ada cuma charger dan cable sahaja. Bila aku tanya, cina tu jawab : Memang earphone tak bagi. WTF!!!, dah terang-terang kat kotak tu dah tulis siap ada gambar lagi Earphone, charger and cable mmg perlu ada! Bila aku dah start bertegas, terus cina tu bagi earphone. Then aku cakap aku nak hanphone lama aku balik sebab aku nak call laki aku. Saje aku bagi alasan tu sebab cina tu tak nak bagi handphone lama aku tu! aku rasa tertekan kat situ. Then cina tu terus bagi then aku ambil kesempatan terus padam semua gambar, maklumat, copy contact no, and aku ambil simkad aku. Bila aku nak ambil Memory card aku, cina tu tak bagi sebab dia kata aku trade in sekali dengan memory card and memory card ni tak sesuai dengan hp baru. WTF!!!! Dia ingat aku bodoh!,bila aku try memory card tu kepada handphone baru, SO ngam!! memang boleh masuk!. NAMPAK PENIPUAN CINA TU. Memory card aku ORIGINAL and 8GB, kenapa mesti aku nak bagi sedangkan semua benda ada dalam memory card tu. Apa-apapun aku bertegas aku nak dapatkan balik memory card aku!!!, tapi cina tu cakap kalau aku nak aku kene bayar balik RM30 dan Power bank tak boleh dapat. Sakitnya hati!!!!!! lepastu aku dah malas nak bertengkar lagi aku, aku bagi je RM30.Dapat pun memory card aku tu, xdapat power bank pun tak pe la! bukannya ORI pun. Then, aku check lagi apa yang tak kene, Wow teruknya dia pasang screen protector, macam buat dengan kaki. Aku minta dia tukar and pasang betul2!. Tengok kali kedua pun sama,mcm pasang dengan kaki last2 cina tu bengang dia bagi satu screen protector kat aku suruh pasang sendiri. Then aku check lagi, apa lagi yang tak cukup...OK WARRANTY CARD xda!, aku minta! tapi cina tu bagi alasan kata warranty card memamg tak bagi, takut nanti bila dia bagi, aku hilangkan!. Alasan yang x munasabah! Aku paksa juga! akhirnya dapat.

 Pengajaran yang aku dapat :

1. Kalau nak beli apa-apa barang,perlu buat pengesahan sebelum membuat apa-apa bayaran.
2. Bawalah kawan-kawan yang mengetahui tentang barang yang hendak dibeli supaya tidak ditipu!